10 TIPS PENJAGAAN KULIT YANG BERJERAWAT
1) Cuci muka anda dua kali setiap hari. Jangan membasuh lebih kerap. Gunakan sabun yang lembut dibuat khas kulit berjerawat, dan air suam. Jangan gosok kulit muka anda.
2) Elakkan menyentuh muka anda dengan tangan anda. Kerana tangan anda mungkin terdapat bakteria yang boleh meyebabkan jerawat lebih teruk.
3) Pastikan tangan anda bersih dan basuh dengan kerap. Basuh tangan anda sebelum menyentuh muka. Ini termasuk sebelum menggunakan losyen, krim atau solekan.
4) Cermin mata harus selalu dibersihkan. Cermin mata akan mengumpul sebum dan sisa-sisa kulit yang boleh menyumbang kepada masalah jerawat.
5) Jika jerawat anda berada bahagian belakang anda, bahu atau dada cuba memakai pakaian yang longgar. Pakaian ketat, seperti ikat kepala, topi dan tudung harus dielakkan – jika anda perlu memakainya memastikan ia dibersihkan.
6) Jangan tidur dengan solekan yang tidak dicuci
7) . Hanya menggunakan barang solekan yang tidak mempunyai minyak dan tidak menyumbat liang wajah anda. Alat solek berasaskan minyak – krim pelembap, losyen, dan semua alat solek yang mengandungi minyak boleh mempercepatkan jerawat tumbuh dan menyekat liang-liang di wajah.
8) Rambut mengumpul sebum dan sisa kulit. Pastikan rambut anda bersih dan jauh dari wajah anda.
9) Terlalu banyak terdedah dengan matahari boleh menyebabkan kulit anda menghasilkan lebih banyak sebum.Maka kurangkan aktiviti luar yang menyebabkan anda berpeluh berlebihan.
10) Kawal emosi anda dan kawal hormon yang penyebab jerawat Tekanan mental dan emosi boleh mempengaruhi tahap hormon, seperti kortisol dan adrenalin, yang boleh menyebabkan jerawat lebih teruk.
Untuk mendapatkan semula seri wajah dan kecantikan dalaman dan luaran anda boleh mencuba set kecantikan shaklee. Anda pasti teruja dengan hasilnya
Sign up here with your email

ConversionConversion EmoticonEmoticon